Az-Zumar (39) : 17 (Blok: 17-18)

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Zaid bin Aslam. Ayat ini turun berkenaan Zaid bin Amr bin Nufail, Abu Dzar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi. Semenjak masa Jahiliah, ketiganya telah berikrar bahawa tidak ada Tuhan selain Allah. Oleh kerana itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)