Az-Zumar (39) : 37 (Blok: 36-38)
وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُضِلٍّ أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انْتِقَامٍ
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Abdul Razaq dari Ma'mar, ayat ini turun berkenaan dengan kaum musyrik yang mengancam Rasulullah "Hentikanlah, wahai Muhammad menghina sesembahan kami atau kami mohonkan kepada tuhan-tuhan kami agar dia menjadikanmu gila." Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa hanya Allah semata yang dapat melindungi hamba-hamba-Nya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)