Az-Zumar (39) : 45

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.


TAFSIR 1
Allah mengecam kaum musyrikin (Dan apabila yang disebut hanya nama Allah) Maksud dari itu adalah apabila disebut kalimat la ilaha illallah (Kesal sekali hati orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat) Menurut Mujahid, kata "kesal" bererti mengepal. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang lain sebagai berikut. (Sungguh dahulu jika dikatakan kepada mereka 'La ilaha illallah (tidak ada tuhan selain Allah)' mereka menyombongkan diri) (QS AS-Saffat, 37: 35) Mereka merasa angkuh untuk mengikuti dan tunduk mendengarkan kalimat itu. Hati mereka tidak mahu menerima kebenaran. Kerana itu, Allah berfirman (Namun apabila nama-nama sembahan selain Allah yang disebut) seperti berhala dan dewa menurut Mujahid (Tiba-tiba mereka menjadi bergembira)
Rujukan: 1999: 944 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Pada rangkaian ayat-ayat ini (41-44) Allah menjelaskan bahawa Dia menghilangkan rasa takut dari hati Rasulullah saw. Allah memberitahukan kepadanya bahawa kewajipannya hanyalah menyampaikan saja dan ia tidak ditugaskan untuk memaksa mereka menerima petunjuk. Selanjutnya, Allah menyebutkan bahawa Dia menggenggam roh-roh ketika ajal mereka habis dan memutuskan hubungan mereka dengan tubuh ketika itu, baik zahir mahupun batin dan memutuskan hubungan mereka denganya secara zahir saja ketika tidur. Kemudian pada ayat (Dan apabila yang disebut hanya nama Allah) Allah menerangkan bahawa patung-patung yang dianggap dapat memberi syafaat ini tidak dapat memberi apa-apa kepada dirinya sendiri dan sedikit pun tidak berakal. Lalu bagaimanakah mereka dapat memberi syafaat, setelah itu, Allah swt menyebutkan keburukan dan kecacatan orang musyrik iaitu jika dikatakan kepada mereka "La ilaha illallah wahdah" (Tiada tuhan melainkan Allah semata) maka tampak tanda-tanda kebencian pada wajah mereka. Sementara jika disebutkan patung-patung mereka maka tampaklah tanda-tanda kegembiraan pada wajah mereka. Hal ini merupakan puncak kebodohan.
Rujukan: 2001: 218-219 (Tafsir al-Tabari)