Az-Zumar (39) : 53

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


TAFSIR 1
Ayat ini mengimbau agar semua pelaku maksiat termasuk orang-orang kafir bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini menjelaskan, Allah mengampuni semua dosa yang dilakukan oleh orang yang bertaubat sekalipun dosanya sebanyak buih lautan. Namun syirik tidak akan diampuni jika pelakunya tidak bertaubat sebelum meninggal. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata, sekelompok orang musyrik yang banyak dosa seperti membunuh dan berzina, mendatangi Rasulullah saw dan berkata, "Dakwah yang engkau serukan sungguh baik. Andai saja kami masih memiliki kesempatan untuk menebus dosa kami." Lalu turun ayat (Dan orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina dan barang siapa melakukan demikian itu nescaya dia mendapat hukuman yang berat (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang) (QS Al-Furqan, 25: 68-70) dan ayat (Katakanlah 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah) (QS Az-Zumar, 39: 53, HR Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i)
Rujukan: 1999: 945-946 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Setelah Allah swt mengancam orang-orang kafir pada ayat-ayat sebelumnya (49-52) dilanjutkan pada ayat ini dengan menyebutkan rahmat dan kurnia-Nya atas hamba-hamba-Nya yang beriman iaitu yang diampuni dosa-dosa mereka jika mereka mahu bertaubat dan kembali kepada-Nya serta melakukan amal dengan ikhlas kepada Allah supaya hal itu menjadi keinginan dari orang-orang yang sesat dan pemberi semangat bagi mereka dari kesesatan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata "Sesungguhnya penduduk Mekah mengatakan 'Muhammad menyangka bahawa orang yang telah menyembah patung-patung dan berdoa kepada Tuhan selain Allah serta membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah maka dia takkan mendapat ampun. Maka bagaimanakah kita akan hi- jrah dan masuk Islam, padahal kita telah menyembah tuhan-tuhan dan telah membunuh jiwa dan kita orang musyrik. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Intinya orang yang beriman dilarang berputus asa untuk mendapatkan ampunan Allah kerana Dia akan mengampuni dosa-dosa seluruhnya bagi orang yang mahu bertaubat kepada-Nya dan kembali ke Haribaan-Nya, sekalipun dosa-dosa itu sebanyak buih di lautan.
Rujukan: 2001: 224-231 (Tafsir al-Tabari)