Ghafir (40) : 28

وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: "Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ' - sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.


TAFSIR 1
Menurut pendapat yang masyhur, pemuda beriman ini merupakan anggota suku Koptik dan masih tergolong keluarga dekat Firaun. As-Saddi bahkan mengatakan dia adalah sepupu Firaun. Disebutkan juga bahawa dia ikut selamat bersama rombongan Nabi Musa a.s. Ibnu Juraij menyitir pendapat Ibnu Abbas bahawa keluarga Firaun yang beriman hanyalah pemuda ini dan isteri Firaun. Pemuda inilah yang memberi tahu (Wahai Musa! Sesungguhnya para pembesar negeri sedang berunding tentang engkau untuk membunuhmu) (QS Al-Qasas, 28: 20) Pemuda ini berusaha menyembunyikan keimanannya dari kaumnya sesama orang Koptik. Namun ia kemudian berterus terang pada saat Firaun mengatakan, "Biar aku yang membunuh Musa..." la lebih memilih mengucapkan sesuatu yang benar di hadapan penguasa zalim sebagai sebuah jihad yang paling utama seperti juga yang telah dijelaskan oleh hadis. Sementara itu, ucapan pemuda ini yang paling membuat Firaun terkejut adalah (Apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia berkata ?Tuhanku adalah Allah?)
Rujukan: 1999: 956-957 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Setelah Allah menerangkan tentang Musa bahawa ketika dia mendengar perkataan Firaun yang mengajak membunuhnya maka tidak lebih dia hanya meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan Firaun, selanjutnya pada ayat ini dijelaskan bahawa Allah mentakdirkan seseorang dari keluarga Firaun sendiri yang menyembunyikan imannya dari mereka sebagai pembela dan yang mempertahankan Musa dengan cara yang baik, di samping berusaha keras untuk meredakan huru-hara itu dan bersungguh-sungguh menghilangkan kejahatan tersebut. Orang yang beriman itu berkata, "Apakah kalian melakukan perbuatan yang keji iaitu membunuh jiwa yang diharamkan tanpa alasan yang memuaskan dan tanpa berfikir atau meninjau sebab yang mengharuskan, dia dibunuh. Padahal, alasan kalian untuk melakukan perbuatan keji seperti itu tidak adalah perkataan dia, Tuhanku adalah Allah." Ibnu Jarir berkata, "Orang yang beriman dari keluarga Firaun itu namanya Jibril."
Rujukan: 2001: 311-314 (Tafsir al-Tabari)