Ghafir (40) : 34
Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya), -
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Dan sungguh sebelum itu Yusuf telah datang kepadamu dengan membawa bukti-bukti yang nyata) iaitu kepada penduduk Mesir. Yusuf diutus oleh Allah swt sebagai rasul kepada rakyat Mesir sebelum datangnya Musa a.s. Yusuf inilah yang menjadi menteri dan dihormati oleh rakyat Mesir. Sebagai rasul Yusuf meminta umatnya berlaku adil. Namun mereka hanya mendengarkan kata-kata Yusuf kerana kedudukan dan jawatan yang ia miliki. Maka Allah swt berfirman (Tetapi kamu sentiasa meragukan apa yang dibawanya bahkan ketika dia wafat, kamu berkata 'Allah tidak akan mengirim seorang rasul pun setelahnya) ertinya kalian merasa putus asa sehingga harapan kalian hanyalah. Maksud firman Allah (Allah tidak akan mengirim seorang rasul pun setelahnya) iaitu harapan ini mereka sampaikan kerana mereka begitu kafir dan ingkar. Maksud firman Allah (Demikianlah Allah membiarkan sesat orang yang melampaui batas dan ragu-ragu) iaitu seperti kalian. Begitulah cara Allah swt membiarkan kalian sesat kerana kalian telah melampaui batas dan ragu-ragu.
Rujukan: 1999: 958 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini masih berkenaan dengan orang beriman dari keluarga Firaun iaitu setelah nasihatnya tidak punya harapan lagi akan diterima oleh mereka Dia mengecam bahawa mereka mewarisi pendustaan dari bapa-bapa mereka dahulu terhadap risalah Yusuf dan rasul-rasul sesudahnya yang kemudian Allah melimpahkan kepada mereka bencana supaya menjadi contoh bagi yang lain. Jadi seakan-akan dia berkata "Dan sesungguhnya bapa-bapa sebelum kalian telah didatangi Yusuf sebelum Musa dengan membawa tanda-tanda yang jelas dan mukjizat-mukjizat yang nyata. Namun mereka tetap meragukannya dan syak tentang kebenarannya lalu mereka tidak beriman kepada-Nya sehingga apabila Yusuf itu mati, mereka berkata ?Allah tidak akan membangkitkan lagi seorang rasul pun sesudah Yusuf yang menyeru kepada Allah dan memperingatkan tentang bencananya serta mengancam tentang hukuman-Nya.?
Rujukan: 2001: 321-322 (Tafsir al-Tabari)