Ghafir (40) : 66

قُلْ إِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَمَّا جَاءَنِيَ الْبَيِّنَاتُ مِنْ رَبِّي وَأُمِرْتُ أَنْ أُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah benda-benda yang kamu sembah yang lain dari Allah - setelah datang kepadaku keterangan-keterangan yang jelas nyata dari Tuhanku; dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam".


TAFSIR 1
Pada rangkaian ayat sebelumnya, Allah swt menjelaskan dan menggambarkan akan nikmat-nikmat-Nya di antaranya Dia menjadikan malam yang menjadi waktu istirahat bagi mereka dari kesibukan hidup pada siang hari. Dia juga menjadikan siang terang benderang sehingga mereka bisa dengan leluasa mengadakan perjalanan dan menempuh jarak juga dapat berindustri. Kemudian mempertanyakan mengapa masih menyembah berhala yang tidak mampu menciptakan apa-apa? Berhala itu malah hanya makhluk yang dibuat dengan cara dipahat. Padahal Allah-lah yang menjadikan Bumi untukmu sebagai tempat menetap, Bumi dapat dijadikan sebagai tempat menetap, terhampar, menjadi tempat hidup, bergerak dan berjalan di datarannya lalu memperkuatnya dengan gunung supaya tidak goyang. Dia ciptakan kamu dengan rupa yang paling indah dan bentuk fisik yang paling sempurna. Dia Yang Maha Memberi rezeki seperti makanan dan minuman di dunia. Allah swtmenyebut bahawa diri-Nya sebagai Pencipta kampung, Pencipta penghuni kampung itu berikut segala sumber makanan yang ada di sana. Dengan demikian, Dia adalah Pencipta sekaligus Pemberi rezeki. Sungguh tidak ada satu apa pun yang kurang untuk disiapkan segala kebutuhan manusia dan sungguh tidak ada satu apa pun yang kurang akan sifat dan kesempurnaan Allah, Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan seluruh alam. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Dialah Yang Zahir dan Yang Batin, tiada tandingan dan tiada bandingan. Pada ayat 66 ini, Allah menekankan kepada nabi-Nya, Muhammad "Katakan kepada orang-orang musyrik itu, wahai Muhammad!" Demikian perintah Allah swt kepada Rasulullah saw "Katakanlah bahawa Allah swt melarang kita untuk menyembah apa pun termasuk berhala dan selain-Nya." Dia juga menjelaskan bahawa hanya Dia yang pantas sebagai penerima ibadah.
Rujukan: 1999: 962 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Allah swt menyuruh Rasul-Nya agar memberitahukan kepada umat manusia bahawa ia dilarang menyembah selain Allah. Suruhan itu Allah keluarkan dengan perkataan yang sangat lembut agar mereka berpaling dari menyembah patung-patung berhala. Kemudian Allah menerangkan bahawa sebab dari larangan itu ialah keterangan-keterangan yang datang kepadanya kerana benar-benar telah terbukti dengan keterangan akal bahawasannya Tuhan semesta alam yang wajib disembah ialah Tuhan yang mempunyai sifat-sifat kebesaran, bukan batu-batu yang didirikan dan bukan pula kayu-kayu yang diukir. Setanjutnya, Allah menyebutkan bahawa setelah Rasulullah saw dilarang menyembah selain Allah maka dia disuruh pula agar menyembah Allah swt. Disebutkan pula di antara dalil-dalil atas adanya Allah ialah diciptakan-Nya diri manusia dengan rupa yang terbaik dan diberi-Nya rezeki berupa makanan-makanan dan minuman-minuman yang baik. Kemudian diciptakan-Nya tubuh sejak semula berupa sperma Ialu menjadi janin dan akhirnya menjadi tua kemudian mati.
Rujukan: 2001: 358-359 (Tafsir al-Tabari)