Ali-Imran (3) : 128

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.


ASBAB 1
Diriwayatkan dari Anas bahawasanya ayat ini turun ketika terjadi peperangan di Uhud. Rasulullah saw terluka sehingga gigi depan beliau lepas dan darahnya mengalir. Lalu Rasulullah saw bersabda "Tidaklah orang yang melakukan ini akan beruntung kerana telah melakukan penganiayaan terhadap rasul mereka. Padahal dia telah menyeru (mereka agar beriman) kepada Allah. " Lalu turunlah ayat ini. Dalam riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dari Ibnu Umar r.a, dia berkata "Aku mendengar Rasulullah saw berkata 'Ya Allah! Laknatlah si FuIan, ya Allah! Laknatlah Al-Harts bin Hisyam, ya Allah! Laknatlah Suhail bin Amr, ya Allah! Laknatlah Shafwan bin Umayyah!' Kemudian turunlah ayat ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)