Fussilat (41) : 1 (Blok: 1-5)

حم

Haa, Miim

Fussilat (41) : 1

حم

Haa, Miim


TAFSIR 1
Allah swt berfirman (Ha Mim (Al-Quran ini)) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang) maksudnya Al-Quran diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Firman Allah swt (Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan) yaitu kitab yang diterangkan makna-maknanya dan ditegaskan hukum-hukumnya. (Bacaan dalam bahasa Arab) maksudnya berupa bacaan dalam bahasa Arab yang jelas dan terang, makna-maknanya terperinci, lafaz-lafaznya amat jelas dan tidak ada kemusykilan di dalamnya. Maksudnya Al-Quran itu merupakan mukjizat, baik dari segi lafaz mahupun maknanya. Maksud firman Allah (Untuk kaum yang mengetahui) iaitu bahawa yang mengetahui kejelasan dan kenyataan ini hanyalah para ulama yang mendalam pengetahuannya. Maksud firman Allah (Yang membawa berita gembira dan peringatan) iaitu sesekali Al-Quran memberi khabar gembira untuk orang-orang yang beriman dan sesekali memberikan peringatan kepada yang kafir. Ayat (Tetapi kebanyakan mereka berpaling (darinya) serta tidak mendengarkan) iaitu kebanyakan orang Quraisy tidak memahami sedikit pun dari Al-Quran itu, padahal ia begitu terang dan jelas. Firman Allah (Dan mereka berkata "Hati kami sudah tertutup) iaitu dalam keadaan terselubung dan terkunci (Dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya dan telinga kami sudah tersumbat) iaitu tuli sehingga tidak bisa mendengar apa yang engkau sampaikan kepada kami. (Kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu) sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami)) ertinya buatlah olehmu apa yang engkau inginkan menurut caramu dan biarkan kami membuat apa yang kami inginkan dengan cara kami pula. Kami tidak akan mengikuti engkau.
Rujukan: 1999: 965-967 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Dalam rangkaian ayat ini, Allah menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada Nabi Muhammad saw. Dengan demikian, Al-Quran merupakan rahmat dan kurnia dari Allah atas manusia agar mudah membaca dan memahaminya.
Rujukan: 2001: 274-283 (Tafsir al-Tabari)

TAFSIR 3
Ayat ini menjelaskan keadaan orang-orang kafir yang Allah beri nikmat, Allah hindarkan mereka dari berbagai macam bahaya, mereka menjadi kaya dan berada dalam kelapangan, mereka berada dalam kesihatan fisik dan ke'afiyatan namun mereka tetap saja berpaling dari apa yang diserukan kepada mereka untuk taat kepada Allah, Allah menyebutkan pada ayat itu (Dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong) Ertinya mereka menjauh dari memenuhi panggilan Kami. Pendapat ini didasarkan kepada riwayat Muhammad, ia berkata Ahmad telah meriwayatkan kepada kami, ia berkat, Asbath telah meriwayatkan kepada kami, dari As-Saddi bahawa yang dimaksud dengan (Dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong)) adalah berpaling dengan wajahnya dan lari menjauh. Adapun maksud penggalan (Tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa) maksud penggalan kata Aridlin adalah banyak, pendapat ini juga masih bersumber pada riwayat yang sama.
Rujukan: 2001: 459-460 (Tafsir al-Tabari)