Fussilat (41) : 22

وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ

Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).


TAFSIR
Sesungguhnya kamu dulu di dunia bersembunyi dari orang banyak kerana khawatir ketahuan keburukan dan celaan kala melakukan dosa-dosa. Dan kamu tidak menyangka bahawa dengan anggota-anggota tubuhmu sendiri, sesungguhnya mencatat semua perbuatanmu, seolah anggota-anggota tubuhmu adalah Lauh Mahfuzh terhadap perbuatan-perbuatanmu. Oleh kerana itu, kamu sebenarnya tidak dapat bersembunyi dari anggota-anggota tubuhmu dengan mengaku tidak melakukan dosa-dosa. Dengan demikian, ayat ini merupakan isyarat bahawa tidaklah sepatutnya bagi seorang mukmin dalam keadaan apa pun, untuk berlaku seenaknya kecuali dia harus berfikir bahawa Allah mengawasi dirinya.
Rujukan: 2001: 306 (Tafsir al-Tabari)