Fussilat (41) : 51

وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.


TAFSIR
Allah swt lalu berfirman (Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong)) maksudnya iaitu dia berpaling dari ketaatan dan berlaku sombong dengan tidak mahu tunduk kepada perintah-perintah Allah swt. Hal ini sebagaimana yang disebutkan Allah swt dalam ayat lain sebagai berikut. (Tetapi dia bersama bala tentaranya berpaling) (QS Al-Zariyat, 51: 39) Adapun maksud firman Allah (Tetapi apabila ditimpa malapetaka) iaitu berupa kesulitan (Maka dia banyak berdoa) maksudnya dia sering-sering dalam meminta satu hal. Yang dimaksud dengan al-kalam al-aridh dalam bahasa Arab adalah kata-kata yang panjang kalimatnya tetapi sedikit maknanya. Sedangkan lawannya adalah al-kalam al-wajiz iaitu kata yang singkat tetapi jelas maknanya. Allah swt berfirman sebagai berikut (Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan) (QS Yunus, 10: 12)
Rujukan: 1999: 974 (Tafsir Ibn Katsir)