Asy-Syuraa (42) : 27

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.


ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib bahawasannya ayat ini turun berkenaan dengan Ashabu Shuffah (orang-orang papa yang bertempat tinggal di sisi-sisi masjid Rasulullah). Mereka berharap bila Allah menganugerahkan kepada mereka limpahan rezeki, mereka akan dapat melakukan banyak hal. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai peringatan bahawa Allah memberikan rezeki sesuai dengan kadar dan ukuran masing-masing dan bisa jadi dengan rezeki itu seseorang akan berbuat zalim dan dosa.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)