Al-Jaathiyah (45) : 24 (Blok: 23-24)

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.


ASBAB 1
Diriwayatkan Ibnu Mundzir dan Ibnu Jarir dari Said bin Jubair, ia berkata, ayat ini berkenaan dengan kebiasaan orang-orang musyrik Mekkah iaitu apabila batu sembahan mereka telah rosak dan mendapati batu yang lebih bagus, mereka menyembah yang lebih bagus itu. Maka dari itu, turunlah ayat ini. Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawasannya kebiasaan orang-orang Arab Jahiliah adalah hanya menggunakan akal dan hawa nafsu mereka tanpa meyakini adanya kehendak Allah. Ketika melihat bencana, mereka menganggapnya itu sebagai akibat yang ditimbulkan oleh alam belaka. Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa mereka tidak lain hanya dapat menduga-duga.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)