Ali-Imran (3) : 157
وَلَئِنْ قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup).
HADISNYA
Hadis riwayat Jabir r.a, dia berkata "Seorang lelaki bertanya 'Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh?' Beliau menjawab 'Di syurga.' Lelaki itu Ialu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang sehingga gugur." Dalam hadis Suwaid "Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw pada waktu Perang Uhud."
No Hadis: 3518
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)