Al-Ahqaaf (46) : 11 (Blok: 10-11)

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا لَوْ كَانَ خَيْرًا مَا سَبَقُونَا إِلَيْهِ وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ

Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu) mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman: "Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)!" Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: "Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama".


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Saad bin Abi Waqqash, ia berkata, bahawa yang dimaksud dari ayat ke 10 "Dan seorang saksi dari bani Israil mengakui yang serupa dengan Al-Quran lalu beriman adalah Abdulah bin Salam. la meyakini bahawa Muhammad telah tertulis di dalam kitab Taurat. Diriwayatkan dari Qatadah, ayat ini berkenaan dengan kaum musyrik yang mengatakan "Bahawa kami lebih mulia dan lebih terhormat. Maka dari itu, sekiranya benar di dalam Islam itu ada kebaikan, kami dari dahulu sudah masuk ke dalamnya." Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)