Muhammad (47) : 16

وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّى إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ

Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.


TAFSIR 1
Di dalam ayat ini Allah menerangkan perihal orang-orang munafik di negeri mereka dan keterbatasan pemahaman mereka terhadap agama. Mereka mendatangi Rasulullah saw untuk mendengarkan perkataan-perkataan beliau tetapi tidak memahami betul nasihat-nasihat beliau. Ketika keluar dari majlis Rasulullah, mereka bertanya kepada para sahabat apa yang Rasulullah ucapkan pada majlis tersebut. Mereka sama sekali tidak fokus dalam mendengarkan setiap nasihat Rasulullah. Mereka juga tidak pernah berfikir. Maksud dari firman Allah (Mereka itu orang-orang yang dikunci hatinya oleh Allah dan mengikuti keinginannya) adalah mereka sama sekali tidak memiliki pemahaman yang benar, juga tidak memiliki iktikad yang baik.
Rujukan: 1999: 839 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Allah swt menegaskan "Di antara orang-orang kafir itu, wahai Muhammad (Ada orang yang mendengarkan perkataanmu (Muhammad)) iaitu orang-orang munafik, mereka mendengarkan apa yang engkau katakan namun tidak mahu memperhatikan dan memahaminya, bahkan mereka melecehkan apa yang engkau bacakan dari kitab Tuhanmu dan melalaikan apa yang engkau serukan sehingga ketika mereka pergi dari hadapanmu, mereka berkata seolah mengajarkan kepada orang-orang yang sama-sama hadir dalam majlismu iaitu kepada orang-orang yang berilmu terhadap Kitabullah, bacaanmu kepada mereka dan nasihatmu kepada mereka, mereka tidak begitu memperhatikan ucapan mahupun bacaanmu seraya berkata, ?Apa yang dikatakan Muhammad kepada kita tadi?? Firman-Nya (ltulah orang-orang yang dikunci hatinya oleh Allah) mereka itulah yang disifatkan kepada mereka sebagai kaum yang telah dikunci hati mereka oleh Allah swt. Mereka tidak diberi petunjuk dari kebenaran bahawa Allah swt mengutus Rasulullah saw. Firman-Nya (Dan mengikuti keinginannya) mereka membangkang terhadap perintah Allah swt dan mengikuti apa yang diinginkan oleh diri mereka sendiri. Mereka tidak merujuk kepada kebenaran hakiki mahupun fakta kebenaran. Sehingga Allah swt menyamakan sifat orang-orang munafik dengan orang-orang musyrik di mana mereka hanya mengikuti kebenaran yang ada pada kelompok mereka seputar agama Allah swt yang Nabi Muhammad saw diutus kerananya itulah hawa nafsu mereka.
Rujukan: 2001: 523-525 (Tafsir al-Tabari)