Muhammad (47) : 33
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim bahawasannya sebahagian sahabat beranggapan bahawa setelah mengucapkan kalimat "Lailaha illa Allah" perbuatan maksiat tidak menjadi dosa. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai pengajaran bagi para sahabat untuk berhati-hati dalam memelihara keimanannya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)