Al-Hujuraat (49) : 1
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ASBAB 1
Diriwayatkan Imam Bukhari-Muslim dari Abdullah bin Zubair bahawa rombongan dari bani Tamim menghadap Rasulullah. Lalu Abu Bakar berkata ?Jadikanlah Qa?qa bin Ma?bad sebagai pemimpin mereka.? Umar menyela ?Tidak, jadikanlah Al-Aqra? bin Habs sebagai pemimpin mereka.? Abu Bakar berkata ?Engkau hendak menyangkalku.? Umar mengatakan ?Aku tidak bermaksud menyangkalmu.? Keduanya kemudian berdebat sehingga suara mereka terdengar keras. Maka dari itu, Allah menurunkan ayat pertama surah ini. Diriwayatkan dari Qatadah bahawasanya orang-orang berbicara keras dan nyaring di hadapan Rasulullah saw. Maka dari itu, turunlah ayat kedua suruh ini. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Muhammad bin Tsabit bin Qais bin Syamas, ayat ini turun berkenaan dengan Tsabit bin Qais yang duduk sambil menangis di jalan kerana khawatir suaranya yang keras itu melebihi suara Rasulullah. Kemudian dia dipanggil Rasulullah dan beliau pun bersabda ?Mahukah engkau hidup sebagai orang yang terpuji, mati dalam keadaan syahid dan masuk syurga?? Dia menjawab ?Aku rela dan aku tidak akan mengeraskan suaraku lebih dari suara Rasulullah.? Maka dari itu, turunlah ayat ketiga ini. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqam, ada beberapa orang Arab datang ke tempat Rasulullah saw. Mereka memanggil Rasulullah dengan suara keras ?Muhammad! Muhammad!? Maka dari itu, turunlah ayat keempat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)