Ar-Rahmaan (55) : 22
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
TAFSIR 1
Ayat ini berbicara tentang rangkaian nikmat-nikmat Allah yang ada di lautan, pada ayat-ayat sebelumnya Allah menjelaskan kebesaran dua laut yang mengalir berdampingan, yang satu tawar lagi segar dan yang lain lagi masin lagi pahit dan di antara keduanya ada dinding sebagai pembatas yang menghalanginya untuk bercampur sehingga boleh merosak satu sama lain dari sifat asli dan jenis air tersebut. Sedangkan pada ayat ini, Allah menekankan bahawa dari kedua sifat air tersebut keluar sesuatu yang boleh dijadikan perhiasan bagi manusia, Allah berfirman ?Dari keduanya keluar mutiara dan marjan?). Yakni mutiara. Sedangkan marjan ada yang mengatakannya sebagai mutiara yang kecil. Hal ini sesuai dengan pendapat Mujahid, Qatadah, Abu Rizin dan Ad-Dhahak. Sebuah riwayat dari Ali. Ada juga yang mengatakan kalau marjan adalah mutiara yang bagus dan besar. Ini pendapat Ibnu Jarir yang diriwayatkan oleh sebahagian ulama salaf. Ibnu Abi Hatim menceritakan ketika langit menurunkan hujan, gelombang di lautan terbuka dan titisan yang jatuh itu mengandung mutiara. Manakala mutiara ini dijadikan perhiasan, Allah mempertanyakan nikmat yang diberikan kepada manusia (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?).
Rujukan: 1999: 888-889 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah menjelaskan bahawa dari dua laut yang Allah campurkan keduanya dan Allah jadikan pemisah antara kedua laut tersebut, akan keluar permata dan marjan. Para ulama berbeza pendapat mengenai sifat permata dan marjan. Sebahagiannya berpendapat bahawa permata adalah sesuatu yang lebih besar ukurannya dari mutiara sedangkan marjan sesuatu yang lebih kecil daripada lukluk dan mutiara. Banyak riwayat yang menerangkan hal ini, di antaranya diriwayatkan dari Qatadah bahawa permata iaitu yang mempunyai ukuran besar adapun marjan yang ukurannya kecil. Allah menyimpan di dalam keduanya kekayaan yang Dia tunjukkan kepada bani Adam (manusia) maka keluarkanlah oleh kalian sebagai manfaat bagi kalian dan digunakan sebagai perhiasaan. Ada juga yang berpendapat bahawa marjan yang berukuran besar dan permata yang berukuran kecil. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa marjan adalah jenis permata yang berukuran besar (Tafsir Mujahid, 637). Pendapat lain mengatakan marjan adalah mutiara paling bagus. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa marjan adalah jenis bebatuan. Pendapat yang benar adalah yang mengatakan bahawa mutiara adalah yang dikenal oleh manusia keluar dari lautan berbentuk seperti biji. Sedangkan marjan adalah bentuk jamak dari marjanah yang bentuknya lebih kecil daripada mutiara.
Rujukan: 2003: 309-314 (Tafsir al-Tabari)