An-Nisaa’ (4) : 11
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Jabir bahawasanya Rasulullah saw dan Abu Bakar dengan berjalan kaki mendatangi dirinya yang berada di perkampungan Bani Salamah. Saat itu, dia sedang sakit parah sehingga tidak sedarkan diri. Kemudian Rasulullah memercikkan air wuduk ke mukanya sehingga sedarkan diri. Lalu dia menanyakan kepada Rasulullah saw perihal harta benda yang akan diwariskannya "Apa yang harus aku lakukan dengan hartaku?" Lalu turunlah ayat ini yang menjelaskan hak orang tua dan anak atas harta waris. Sebab kedua dari turunnya ayat ini diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi dan Hakim dari Jabir, dia berkata "Isteri Saad bin Rabi datang kepada Rasulullah saw kemudian berkata 'Wahai Rasulullah, ini adalah dua anak perempuan Saad bin Rabi'. Ayahnya meninggal pada Perang Uhud sebagai syahid. Namun paman dari kedua anak perempuan ini mengambil hartanya dan tidak membiarkan keduanya menguasai harta ayahnya dan tidak pula kedua anak perempuan ini bisa dinikahkan terkecuali mereka mempunyai harta'. Kemudian, beliau menjawab 'Allah akan memutuskan perkara itu.' Kemudian turunlah ayat tentang waris ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)