Al-Waaqiah (56) : 77 (Blok: 77-82)
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Al-Waaqiah (56) : 77
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
TAFSIR 1
Rangkain ayat ini menegaskan bahawa Allah bersumpah atas nama tempat beredarnya bintang-bintang bahawa Al-Quran tidak seperti yang kalian anggap bahawa ia adalah sihir atau dukun. Akan tetapi Al-Quran adalah bacaan yang mulia. Ibnu Jarir berkata, "Sebahagian orang Arab mengatakan bahawa maksud dari (Lalu Aku bersumpah) bukanlah seperti yang kalian bayangkan. Melainkan dimulai dengan sumpah iaitu (Bersumpah). Firman Allah (Dengan tempat beredarnya bintang-bintang). Mujahid berkata, tempat beredarnya bintang-bintang di langit seperti tempat berputarnya. Firman Allah (Lalu Aku bersumpah) yakni sumpah yang aku ucapkan adalah sumpah agung, andai kalian mengetahui kebesaran yang dijadikan tempat bersumpah. Kitab yang diturunkan kepada Muhammad adalah kitab yang agung. Firman-Nya (Dan (ini) sesungguhnya Al-Quran yang sangat mulia). Yakni kitab yang besar dan terjaga. (Dalam Kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz)) yakni kitab yang ada di langit. Aufa berkata maksud ayat (Hamba-hamba yang disucikan) adalah malaikat. Firman Allah (Diturunkan dari Tuhan seluruh alam) menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan Allah, Tuhan semesta alam. Tidak seperti perkataan orang kafir yang meyakini Al-Quran sihir atau perdukunan. Allah berfirman (Apakah kamu menganggap remeh berita ini. Firman-Nya (Dan kamu menjadikan re- zeki yang kamu terima (dari Allah) justru untuk mendustakan (Nya)) sebagian ulama berpendapat maknanya adalah "kalian mensyukuri tetapi mendustakannya sebagai ganti dari rasa syukur."
Rujukan: 1999: 896 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat 77 ini merupakan rangkaian dari sumpah Allah (Lalu aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang) Para ulama berbeza pendapat mengenai maksud ayat ini. Para ulama berbeza pendapat mengenai masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran. Sebahagian di antaranya berpendapat bahawa maksudnya adalah tingkatan-tingkatan Al-Quran, bahawa Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw seperti bintang-bintang yang bercerai-berai atau berserakan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ketika Al-Quran diturunkan pada malam lailatul Qadar dari langit tertinggi menuju langit dunia, Al-Quran diturunkan secara sekaligus. Kemudian Al-Quran diturunkan secara bertahap selama bertahun-tahun. (HR Mujahid, 645). Sebahagian lagi berpendapat bahawa maksudnya adalah tempat jatuhnya bintang-bintang. Diriwayatkan dari Mujahid bahawa maksud (Maka aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang) adalah di langit dan dikatakan bahawa itu tempat munculnya bintang-bintang dan jatuhnya bintang-bintang (Tafsir Mujahid, 645). Selain itu ada juga yang berpendapat bahawa maksudnya adalah berpancarnya bintang-bintang pada hari kiamat. Pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya adalah tempat jatuhnya bintang-bintang dan tempat hilangnya di langit. Kemudian Allah menerangkan bahawa sumpahnya terhadap sesuatu menunjukkan ada sebuah berita yang agung yang akan Allah sampaikan. Berita itu disampaikan pada ayat selanjutnya (Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia). (QS Al-Waqiah, 56:77).
Rujukan: 2001: 392-393 (Tafsir al-Tabari)