Al-Hasyr (59) : 5 (Blok: 5-9)
مَا قَطَعْتُمْ مِنْ لِينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَى أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ
Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Umar bahawasanya Rasulullah pernah membakar perkebunan milik bani Nadhir dan menebang pohon-pohon kurma yang masih kecil. Maka dari itu, turunlah ayat 5 ini. Diriwayatkan dari Ibnu Mundzir dari Zaid Al-Asham bahawasanya segolongan Ansar berkata ?Bagilah tanah itu menjadi dua bahagian untuk kami, kaum Muhajirin, wahai Rasulullah.? Rasulullah menjawab ?Tidak tetapi kalian cukup memenuhi keperluan mereka dan membagi hasil panen untuk mereka. Tanah ini tetap menjadi milik kalian.? Maka dari itu, turunlah ayat 9 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)