Al-Mumtahanah (60) : 4

Doanya:

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maknanya: Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
Keterangannya: Nabi Ibrahim a.s. berdoa semoga Allah tidak memberi peluang kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang muslim, supaya tidak timbul cetusan rasa bongkak di hati mereka yang kafir itu dengan sangkaan kononnya merekalah yang berada di dalam kebenaran. Di awal ayat 4 ini Allah s.w.t. telah memerintahkan supaya keteguhan keimanan nabi Ibrahim a.s. dan para pengikut baginda dan doa-doa supaya mereka dapat mengatasi orang-orang kafir itu dijadikan sari teladan oleh masyarakat Islam. Di samping itu Allah S.w.t. menunjukkan juga contoh doa (nabi Ibrahim) yang ditolak dan tidak sayugia dicontohi, iaitu mendoakan keampunan untuk orang-orang kafir. Larangan ini juga terkandung di dalam ayat 113 dan 114 Surah At-Taubah.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)