Al-Mumtahanah (60) : 5
Doanya:
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Keterangannya: Nabi Ibrahim a.s. berdoa semoga Allah tidak memberi peluang kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang muslim, supaya tidak timbul cetusan rasa bongkak di hati mereka yang kafir itu dengan sangkaan kononnya merekalah yang berada di dalam kebenaran. Di awal ayat 4 ini Allah s.w.t. telah memerintahkan supaya keteguhan keimanan nabi Ibrahim a.s. dan para pengikut baginda dan doa-doa supaya mereka dapat mengatasi orang-orang kafir itu dijadikan sari teladan oleh masyarakat Islam. Di samping itu Allah S.w.t. menunjukkan juga contoh doa (nabi Ibrahim) yang ditolak dan tidak sayugia dicontohi, iaitu mendoakan keampunan untuk orang-orang kafir. Larangan ini juga terkandung di dalam ayat 113 dan 114 Surah At-Taubah.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)