At-Tahriim (66) : 8

Doanya:

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maknanya: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Keterangannya: Gambaran doa orang mukmin di akhirat kelak, bilamana mereka menyaksikan orang-orang munafik teraba-raba di dalam kegelapan kerana kematian cahaya panduannya ketika meniti Sirat Al-Mustaqim. Mereka mengharapkan keampunan Allah dengan sesungguhnya agar cahaya pandu mereka, di hadapan dan di kanan, tidak dipadamkan oleh A1lah s.w.t.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)