Al-Mulk (67) : 13

وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.


ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya ayat ini turun berkenaan dengan kaum musyrik yang mencaci Rasulullah. Allah menyingkapkan cacian mereka melalui Malaikat Jibril. Melihat hal itu, sebahagian orang musyrik lainnya mengatakan agar merahsiakan cacian mereka agar Tuhan Muhammad tidak mendengarnya. Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)