An-Nisaa’ (4) : 37
الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair bahawasanya para rahib dari golongan Yahudi kikir terhadap ilmu (di antaranya adalah menyembunyikan sifat-sifat kerasulan Muhammad yang tertera dalam Taurat dan Injil). Maka dari itu, Allah memperingatkan mereka dengan turunnya ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)