Al-Haaqqah (69) : 1

الْحَاقَّةُ

Saat yang tetap berlaku itu -


TAFSIR 1
Al-Haqqah merupakan salah satu nama dari hari Kiamat. Sebab di dalamnya menjadi terealisasilah segala janji dan ancaman. Kerana itu, Allah mengagungkan segala urusan yang ada di dalamnya sehingga berfirman dalam ayat berikutnya (Dan tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?). Kemudian pada ayat-ayat selanjutnya Allah swt mengemukakan tentang hancurnya umat-umat yang mendustakan hari Kiamat serta keadaan ketika mereka diseksa, ada kaum Tsamud yang diseksa dengan suara pekikan dan gempa Bumi. Ada kaum Ad, yang dibinasakan dengan angin taufan yang sangat dingin, bahkan diterangkan kaum Ad mati bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yang telah kosong (lapuk). Demikianlah Allah memberikan gambaran sebagai bahan peringatan bagi umat-umat yang datang kemudian juga termasuk sebagai peringatan akan datangnya Al-Haqqah ini.
Rujukan: 1999: 948 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
(AI-Haqqah) menurut bahasa bererti yang pasti terjadi. Hari kiamat dinamai Al-Haqqah kerana Dia pasti terjadi. Di sini Allah swt menyebutkan bahawa hari kiamat itu hak, tanpa keraguan dan bahawa umat yang derhaka dan mendustakan para rasul itu akan ditimpa kebinasaan dan kemusnahan melalui bermacam-macam azab. Misalnya, Tsamud dibinasakan dengan petir yang membakar, Ad dibinasakan dengan angin dingin yang bergemuruh dan terus-menerus ditimpakan atas mereka selama tujuh malam dan lapan hari sehingga mereka menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan bagai batang-batang pohon kurma yang rapuh. Tidak ada lagi di antara mereka seorang pun yang tinggal di rumah dan menyalakan api. Begitupun Firaun dan kaumnya, mereka binasa dengan ditenggelamkan. Sedang kaum Luth dibinasakan dengan gempa keras yang menerbalikkan perkampungan mereka dan menjadikan bahagian atasnya menjadi bahagian bawah. Dan kaum Nuh dibinasakan dengan banjir.
Rujukan: 2001: 285-286 (Tafsir al-Tabari)