Al-Jin (72) : 17 (Blok: 16-22)
(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Muqatil bahawasanya ayat 16 turun berkenaan dengan peringatan terhadap kaum kafir Quraisy dengan tidak diturunkannya air hujan selama tujuh tahun kerana mereka kafir. Diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari jalan Thariq Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahawasanya jin berkata kepada nabi "Ya Rasulullah, berilah izin kepada kami untuk turut solat bersamamu di masjidmu." Maka dari itu turunlah ayat 18 ini sebagai penegasan bahawa masjid milik Allah semata. (HR Ibnu Abi Hatim). Diriwayatkan Ibnu Jarir dari Al-Hadhrami. la berkata, bahawasanya salah satu dari para pemimpin jin berkata kepada Muhammad "Sesungguhnya, engkau Muhammad, hanya berharap perlindungan kepada Allah, sungguh Kami dapat menjadi pelindungmu." Maka dari itu, Allah menurunkan ayat 22 ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)