Al-Muddassir (74) : 19 (Blok: 18-23)

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?


TAFSIR
Ayat ini berkenaan dengan Al Walid bin Mughirah kerana keingkaran dan kesombongannya. Di sini Allah menceritakan bagaimana keingkarannya iaitu dia memikirkan dan memalsukan dalam dirinya perkataan untuk mencela Al-Quran. Juga dia mengada-adakan tuduhan terhadap Al-Quran dan mengira-ngirakannya sehingga dia mendapati apa yang ada dalam jiwa orang-orang Quraisy dan sesuai dengan tujuan mereka. Kemudian Allah menghairankan perkiraan dan dakwaannya. Kerana itu, dia dilaknati dan diazab dalam keadaan bagaimanapun, dia mereka-reka perkataan. Kemudian dia memperhatikan urusan Al-Quran itu berkali-kali, barangkali dia dapat menemukan dengan fikirannya, apa yang mereka senangi dan sampai kepada apa yang mereka inginkan. Selanjutnya wajahnya menjadi cemberut ketika tidak dapat tipu daya dan tidak diketahui apa yang hendak dikatakannya. Pada akhirnya, dia memalingkan wajahnya dari kebenaran dan berbalik ke belakang dengan kesombongan serta tidak mahu tunduk dan tidak mengakuinya.
Rujukan: 2001: 299-300 (Tafsir al-Tabari)