Al-Qiaamah (75) : 16 (Blok: 3-16)

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Abbas, ia berkata bahawasanya apabila wahyu turun kepada Rasulullah, beliau dengan segera menggerakkan Iidahnya untuk cepat-cepat menghafalnya. Allah lalu menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)