Al-Qiaamah (75) : 35 (Blok: 34-35)

ثُمَّ أَوْلَى لَكَ فَأَوْلَى

Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.


TAFSIR 1
Ayat 34-35 merupakan ancaman sungguh-sungguh dari Allah swt terhadap orang yang mengingkari-Nya dan orang yang sombong terhadap kehendak-Nya. Maksudnya engkau berhak menerima itu (celaka) kerana engkau sungguh telah mengafirkan Pencipta dan Tuhanmu. Sebagaimana hal ini juga dikatakan dalam rangka memberi suatu ancaman seperti yang ada dalam surah QS Al-Mursalat (77) ayat 46. Abu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Qatadah berkata tentang firman Allah ayat 34-35 ini iaitu merupakan ancaman terhadap bekas ancaman sebagaimana yang kalian dengar. Mereka menyangka bahawa musuh Allah yang bernama Abu Jahal, saat menyakiti Rasulullah saw dengan cara mengikat pakaiannya sehingga Rasulullah saw berkata, (Celakalah kamu! Maka celakalah! Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!) Maka Abu Jahal pun berkata, "Apakah engkau mengancamku, wahai Muhammad? Demi Allah, engkau dan Tuhanmu tidak akan mampu melakukan sesuatu pun. Sesungguhnya aku lebih mulia ketimbang berjalan di antara orang pergunungan.
Rujukan: 1999: 968 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Setelah Allah menyebutkan ehwal hari kiamat dan kengerian besar yang ada di dalamnya serta melukiskan kebahagiaan bagi orang yang berbahagia dan kecelakaan bagi orang yang celaka, Allah menjelaskan bahawa dunia ini mempunyai kesudahan dan penghabisan. Kemudian terjadilah kepahitan dari kematian dan penderitaan-penderitaannya. Orang kafir telah menyia-nyiakan yang difardukan di dunia sehingga tidak membenarkan perintah-perintah agamanya dan tidak pula menunaikan ketentuan-ketentuannya. Allah telah memperingatkan dan mengancam orang kafir itu dengan firman-Nya (CeIakalah kamu! Maka celakalah! Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!) Kemudian Allah mengulang-ulang ancaman ini menandakan bahawa doa terhadap Abu Jahal ini kerana dia lebih pantas dengan yang demikian ini.
Rujukan: 2001: 320-322 (Tafsir al-Tabari)