An-Nisaa’ (4) : 71

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانْفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انْفِرُوا جَمِيعًا

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.


HADISNYA
Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata, bahawa seorang lelaki Arab badwi datang kepada Nabi saw dan bertanya "Wahai Rasulullah! Seorang lelaki berperang untuk memperoleh harta rampasan, seorang lagi berperang untuk dipuji (dikenang) dan seorang lagi berperang agar dapat diperlihatkan kedudukannya. Siapakah yang berada di jalan Allah?" Rasulullah saw menjawab "Barang siapa yang berperang demi tegaknya kalimat Allah, maka ia berada di jalan Allah."
No Hadis: 3524
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)