Al-Buruuj (85) : 4 (Blok: 1-5)
Celakalah kaum yang menggali parit,
TAFSIR
Pada ayat-ayat ini Allah swt bersumpah memakai nama benda-benda ghaib dan benda-benda yang dapat disaksikan oleh mata iaitu langit yang mempunyai gugusan-gugusan bintang besar dan tidak terhitung banyaknya. Di samping itu, Allah bersumpah dengan hal-hal yang mutlak keghaibannya iaitu hari yang dijanjikan (hari kiamat), di mana setiap hamba akan mendapatkan putusan dari Allah swt. Allah swt juga bersumpah dengan (Yang menyaksikan dan yang disaksikan) Kata Imam At-Tabari "Allah tidak memberitahukan kepada kita objek yang dijadikan sumpah-Nya, apa yang dimaksud dengan 'yang menyaksikan' dan 'yang disaksikan?' Oleh kerana itu, katakan saja 'yang menyaksikan dan yang disaksikan'." Selanjutnya, Allah swt memberitahukan tentang api neraka yang akan membinasakan orang-orang yang menentang Nabi Muhammad saw iaitu mereka yang disebut dengan panggilan Ashabul Ukhdud. Lalu, siapakah yang dimaksud Ashabul Ukhdud itu? Menurut Imam At-Tabari adalah orang-orang yang telah mencelakakan orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan) ke dalam parit (lubang yang memanjang). Maka dalam ayat-Nya, Allah swt menyebutkan bahawa mereka akan dilaknat dan dibinasakan kerana perbuatan mereka itu.
Rujukan: 2001: 595-600 (Tafsir al-Tabari)