Al-Fajr (89) : 4 (Blok: 1-5)
Dan malam, apabila ia berlalu; -
TAFSIR 1
Fajar secara umum sudah diketahui maknanya, iaitu subuh. Demikian dikatakan oleh Ali, Ibnu Abbas, Ikrimah, Mujahid dan As-Saddi. Masruq dan Muhammad bin Karab berkata, "Maksud dari fajar dalam ayat ini adalah fajar pada hari Nahr iaitu malam yang ke sepuluh." Sementara itu, maksud dari "malam yang ke sepuluh" itu adalah malam ke sepuluh bulan Zulhijah, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas, Ibn Zubair dan Mujahid. Ibnu Abbas berkata, "Tidak ada amal perbuatan baik yang paling dicintai oleh Allah daripada perbuatan yang dilakukan pada hari ini." Maksud dari itu adalah hari ke sepuluh bulan Zulhijah. Orang-orang bertanya, "Termasuk jihad di jalan Allah?" Ibnu Abbas menjawab, "Termasuk jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah menyerahkan diri dan hartanya lalu tidak ada sesuatu pun yang kembali dari semua itu."
Rujukan: 1999: 990 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menerangkan pada ayat-ayat ini tentang makna yang menjadi objek sumpah-Nya. Dia mengawali sumpah-Nya dengan waktu fajar iaitu demi fajar subuh. Selanjutnya, Allah swt bersumpah dengan (MaIam yang sepuluh). Kata Imam At-Tabari"Maksudnya malam yang sepuluh pada hari Adha. Kemudian, bersumpah dengan 'yang genap dan yang ganjil'." Menurut Imam At-Thabari, "Allah swt bersumpah dengan 'yang genap dan yang ganjil' dan maknanya tidak dikhususkan untuk jenis tertentu. Maka setiap 'yang ganjil dan yang genap' menjadi objek sumpah-Nya." Selanjutnya, Allah swt juga bersumpah dengan (MaIam apabila berlalu). Setelah Allah mengukuhkan apa yang menjadi objek sumpah-Nya, selanjutnya Allah menetapkan keagungan makhluk yang dijadikan sumpahnya dan menyatakan bahawa ia patut untuk diagungkan. Untuk itu Alah berfirman (Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal?). Maksudnya, bahawa setiap orang yang berakal waras pasti mengerti makna di batik sumpah ini iaitu menunjukkan keajaiban ciptaan dan keesaan pencipta-Nya.
Rujukan: 2001: 651-653 (Tafsir al-Tabari)