Al-Balad (90) : 5 (Blok: 5-6)
أَيَحْسَبُ أَنْ لَنْ يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya Abul Asyadd bin Kaldah Al-Jumahi teperdaya oleh kekuatan fiziknya. Dia mengatakan bahawa ia telah menyumbangkan harta yang sangat banyak untuk memusuhi Muhammad dan ia bangga dengan kekayaannya. Padahal dia berdusta dalam hal itu. Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)