Al-Lail (92) : 17
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Urwah bahawasanya ayat ini dan ayat setelahnya turun berkaitan dengan peristiwa ketika Abu Bakar Siddiq telah memerdekakan tujuh hamba sahaya. Sebelumnya mereka semua diseksa kerana menganut agama Allah.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)