Al-Ashr (103) : 3 (Blok: 1-3)

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


TAFSIR 1
Al-Ashr ertinya masa ketika manusia melakukan perbuatan baik dan buruk. Malik berkata, dikutip dari Zaid bin Aslam maksudnya adalah waktu petang. Namun, pendapat yang masyhur adalah pendapat yang pertama. Allah swt bersumpah dengan menggunakan masa bahawa manusia sungguh merugi dan celaka. Maksud firman Allah (Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan) adalah yang dikecualikan dari jenis manusia iaitu orang-orang yang mengimani dalam hati dan melakukan amal perbuatan baik dengan anggota badannya. Maksud firman Allah (Serta saling menasihati untuk kebenaran) iaitu dalam melaksanakan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran. Maksud firman Allah (Dan saling menasihati untuk kesabaran) adalah bersabar terhadap musibah dan ketentuan Allah swt (takdir) serta perlakuan buruk orang kafir yang menyakiti orang-orang yang menyerukan kebaikan dan melarang kemungkaran.
Rujukan: 1999: 1001 (Tafsir Ibn Katsir)



TAFSIR 2
Pada ayat ini, Allah swt bersumpah dengan memakai waktu untuk menjelaskan bahawa manusia benar-benar berada dalam kerugian ketika tidak memanfaatkan waktu itu. Menurut Imam At-Thabari, "Sesungguhnya Allah swt bersumpah (Demi masa) iaitu waktu siang, petang dan malam. Nama ini tidak dikhususkan untuk makna tertentu, berlaku untuk segala hal yang dicakup oleh nama tersebut." Kemudian, Allah menyebutkan tentang kerugian anak Adam berupa kehancuran dan kekurangan, di mana kerugian itu akan dirasakan sepanjang masa. Iaitu, ketika tidak memanfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya kecuali orang yang beriman. Maknanya, kerugian itu akan dirasakan oleh manusia kecuali yang menyia-nyiakan waktu, orang-orang yang beriman kepada Allah swt dan mengesakan-Nya, mentaati perintahnya dan mengerjakan amal soleh, serta menjauhi segala larangan-Nya. Kemudian, orang-orang yang saling menasihati supaya mentaati kebenaran dengan mengingatkan kewajipan melaksanakan perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya. Selain itu juga, saling menasihati dengan kesabaran iaitu mengingatkan satu sama lain dengan sabar untuk mengerjakan segala perintah Allah swt dengan penuh ketaatan. Seperti disebutkan dalam hadis diriwayatkan dari Qatadah iaitu sabar dalam ketaatan kepada Allah swt. Dan mereka itulah pengecualian orang-orang yang tidak akan mendapatkan kerugian seperti manusia yang tidak memanfaatkan waktu dengan baik.
Rujukan: 2001: 612-615 (Tafsir al-Tabari)