An-Nashr (110) : 1 (Blok: 1-3)

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -


ASBAB 1
Diriwayatkan Abdul Razaq dalam Muhsnafnya dari Ma?mar dari Az-Zuhri, ia berkata bahawa tatkala Rasulullah saw memasuki Kota Mekkah saat penaklukan, beliau juga mengutus Khalid bin Walid serta beberapa orang yang bersamanya untuk memerangi beberapa barisan Quraisy di pinggiran Mekkah. Kemudian Allah memberikan kemenangan atas pasukan Khalid. Mereka pun menyerah dan mahu masuk Islam. Allah pun menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)