Al-Ma'idah (5) : 58

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.


HADISNYA
Ibnu Umar berkata, ketika kaum muslimin datang ke Madinah, mereka berkumpul. Lalu mereka menentukan waktu solat, sedang belum ada panggilan untuk solat (azan). Pada suatu hari mereka membincangkan hal itu. Sebahagian dari mereka berkata "Ambillah loceng seperti loceng (gereja) orang-orang Kristian." Sebahagian mereka berkata "Bahkan, terompet saja seperti terompet orang-orang Yahudi." Umar berkata "Apakah kalian tidak mengutus seorang lelaki yang memanggil untuk solat?" Rasulullah saw bersabda "Hai Bilal, berdirilah, panggillah (azanlah) untuk solat!"
No Hadis: 335
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)