Al-Ma'idah (5) : 87

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan selainnya dari Ibnu Abbas bahawasannya telah datang beberapa orang sahabat kepada Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, sungguh aku jika memakan daging, syahwatku kepada perempuan akan semakin tinggi. Oleh sebab itu, aku mengharamkan daging atas diriku sendiri." Lalu turunlah ayat 87 ini. Dijelaskan dalam riwayat lain termasuk riwayat As-Saddi bahawa yang dimaksud para sahabat dalam hadis ini ada sepuluh orang di antaranya Utsman bin Mazh'un dan Ali bin Abi Thalib. Dalam riwayat Ikrimah di antara mereka itu adalah Utsman bin Mazh'un, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Mas'ud, Al Miqdad bin Al Aswad dan Salim Mahula Abu Huzaifah. Dalam riwayat Mujadid di antara mereka itu ada Utsman Bin Mazh'un dan Ibnu Mas'ud.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)