Al-Ma'idah (5) : 87

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


HADISNYA
Al-Bara' r.a berkata "Para sahabat Nabi Muhammad apabila ada seorang yang berpuasa dan datang waktu berbuka tetapi ia tidur sebelum berbuka, maka dia tidak makan di malam dan siang harinya sampai petang. Sesungguhnya Qais bin Shirmah al-Anshari berpuasa. Ketika datang waktu berbuka, ia datang kepada isterinya, lalu berkata kepadanya 'Apakah kamu mempunyai makanan?' Isterinya menjawab "Tidak, tetapi saya berangkat untuk mencarikan (makanan) untukmu.' Pada siang harinya ia bekerja, lalu tertidur. Kemudian, isterinya datang kepadanya. Ketika isterinya melihatnya, si isteri berkata 'Rugilah engkau'. Ketika tengah hari ia pengsan. Kemudian hal itu diberitahukan kepada nabi, Ialu turun ayat ini 'Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa menggauli isterimu.' Maka mereka bergembira dan turunlah ayat 'Makan dan minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam,'"
No Hadis: 929
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)