Al-Baqarah (2) : 72

وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.


HADISNYA
Hadis riwayat Anas bin Malik r.a "Bahawa seorang lelaki Yahudi membunuh seorang budak perempuan untuk merampas perhiasan perak miliknya. Lelaki itu membunuhnya dengan batu. Lalu dihadapkanlah perempuan yang sedang sekarat itu kepada Rasulullah saw. Beliau bertanya ?Apakah si fulan yang membunuhmu?? Perempuan itu mengisyaratkan dengan kepalanya untuk menjawab, 'Tidak!' Beliau bertanya lagi, lalu perempuan itu kembali mengisyaratkan dengan kepalanya untuk menjawab tidak. Kemudaan, beliau bertanya untuk ketiga kali. Wanita itu menjawab dengan mengisyaratkan kepalanya, ?Ya!? Kemudian Rasulullah saw membunuh lelaki tersebut dengan dua buah batu".
No Hadis: 3165
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)