Al-An'am (6) : 18
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.
HADISNYA
Abu Sa'id al-Khudri mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda "Apabila seorang hamba (manusia) masuk Islam dan bagus keislamannya, maka Allah menghapuskan darinya segala keburukan yang dilakukannya pada masa Ialu. Sesudah itu berlaku hukum pembalasan. Iaitu suatu kebaikan (dibalas) dengan sepuluh sehingga tujuh ratus kali ganda, sedangkan keburukan hanya dibalas sepadan dengan keburukan itu kecuali jika Allah memaafkannya."
No Hadis: 6
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)