Al-An'am (6) : 55

وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.


ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ahmad, At-Thabrani dan Ibnu Abu Hatim dari Ibnu Mas'ud. Dia berkata "Ada beberapa pembesar Quraisy berjalan melewati Rasulullah ketika beliau duduk bersama Khabab bin Arat, Shuhaib, Bilal dan Ammar bin Yasir. Para pembesar itu pun berkata 'Apakah engkau rela bersama mereka? Apakah mereka diberi nikmat oleh Allah lebih dari kami? Kalau sekiranya engkau tidak keberatan mengusir mereka, tentu kami akan menjadi pengikut setiamu.' Lalu turunlah ayat ini."
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)