Al-An'am (6) : 136
وَجَعَلُوا لِلَّهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنَ الْحَرْثِ وَالْأَنْعَامِ نَصِيبًا فَقَالُوا هَذَا لِلَّهِ بِزَعْمِهِمْ وَهَذَا لِشُرَكَائِنَا فَمَا كَانَ لِشُرَكَائِهِمْ فَلَا يَصِلُ إِلَى اللَّهِ وَمَا كَانَ لِلَّهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَى شُرَكَائِهِمْ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka - dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah), dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu.
HADISNYA
Ibnu Abbas r.a, dia berkata "Sesungguhnya ketika Rasulullah tiba (di Mekah), beliau enggan masuk ke Baitullah kerana di dalamnya ada berhala-berhala. Lalu beliau memerintahkan supaya berhala-berhala itu dikeluarkan. Lalu mereka keluarkan patung Ibrahim dan Ismail yang sedang memegang panah untuk berundi. Rasulullah bersabda 'Semoga Allah mengutuk mereka. Demi Allah, mereka mengetahui bahawa keduanya (Ibrahim dan Ismail) tidak pernah mengadakan undian semacam itu.' Lalu beliau masuk ke Baitullah. Kemudian beliau bertakbir di seluruh penjurunya (dan keluar). Namun tidak melakukan solat di dalamnya."
No Hadis: 792
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)