Al-A’raaf (7) : 23
Doanya:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
Keterangannya: Penyesalan ini timbul dari Adam dan Hawa a.s. bila sahaja baginda terlanggar perintah Allah s.w.t. disebabkan oleh tipudaya Syaitan. Di samping itu baginda merayu pengampunan dan rahmat Allah semoga menarik baginda dari tergolong ke dalam golongan orang-orang yang merugi. Taubatnya ini telah diterima oleh Allah s.w.t.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)