Al-A’raaf (7) : 23

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".


HADISNYA
Hadis riwayat Abu Dzar r.a, dia berkata "Aku menghampiri Nabi saw yang sedang di bawah bayang-bayang Kaabah. Ketika beliau melihatku beliau bersabda 'Mereka benar merugi, demi Tuhan Kaabah!' Kemudian aku duduk tetapi tidak tenang, maka aku segera bertanya 'Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, siapakah mereka?' Rasulullah saw menjawab 'Mereka adalah orang-orang yang paling banyak harta kecuali yang berkata begini, begini dan begini' (beliau memberi isyarat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Mereka yang mahu berbuat demikian sangat sedikit. Setiap pemilik unta atau lembu atau kambing yang tidak mahu membayar zakatnya, pasti nanti pada hari kiamat haiwan-haiwan itu akan datang dalam keadaan lebih besar dan lebih gemuk dari sebelumnya, menanduki pemiliknya dengan tanduk-tanduknya dan menginjak-injak dengan telapak kaki, telapak kakinya. Setiap kali yang lain telah selesai, datang lagi yang pertama sampai diputuskan di hadapan seluruh manusia.
No Hadis: 1652
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)