☒
Al-Fatihah (1)
Bilangan Ayat:
7,
Jumlah Blok:
1,
Jenis Ayat:
Makiyyah
Tema Surah:
Surah ini adalah Surah pendahuluan kepada alQuran keseluruhannya dan sekaligus kepada surah-surah di dalam grup pertama. Kandungan pentingrnya ialah mewakili alQuran iaitu: i) perbicaraan tentang Tauhid Allah yang terdiri dari tauhid uluhiyah dan rububiyah Allah, ii) perbicaraan tentang hari pembaasan dan iii) tentang risalah. Ayat 1 dan 2 menyentuh tentang tauhid rububiyah, ayat 3 memperkenalkan tentang elemen hari pembalasan sementara ayat 4 menyentuh tentang tauhid uluhiyah. Ayat 5 dan 6 pula menyatakan tentang risalah. Secara ringkasnya alFatihah memetakan isi kandungan keseluruhan alQuran yang merupakan perbicaraan di sekitar 3 tajuk asas ini.
Latar Belakang:
Surah ini adalah surah Makkiyah yang dianggap surah pertama yang turun secara lengkap keseluruhan tujuh ayatnya. Surah ini turun di awal tahap Mekah (Tahap Mekah boleh dibahagikan kepada tahap awal, pertengahan dan hujung). Sesuai dengan kedudukannya sebagai surah yang pertama di dalam urutăn surah-surah di dalam alQuran, alFatihah adalah surah yang merupakan pendahuluan kepada alQurăn keseluruhannya sekaligus merupakan surah pendahuluan kepada kumpulan surah-surah yang pertama, di mana alFatihah adalah merupakan satu-satunya surah Makkiyah di dalam kumpulan surah-surah pertama ini (Kumpulan pertama terdiri dari alFatihah, alBaqarah, Aali-Imran, anNisa dan alMaaidah). Surah ini mengandungi tujuh ayat. Terdapat perbezaan pendapat tentang samada tujuh ayat ini termasuk bismillah di awal surah (dan hampir kesemua surah-surah alQuran kecuali surah alBaraah) atau tidak. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad menyatakan ia bukan sebahagian alfatihah sementara asSyafie menganggapnya sebahagian alFatihah. Bagi pandangan yang menyatakan ia bukan sebahagian alFatihah maka ayat terakhir terbahagi menjadi dua membentuk tujuh ayat. Kandungan surah ini walaupun pendek tetapi amat penting difahami dan dihayati dahulu sebagai pendahuluan kepada alQuran oleh pembaca sebelum mula membaca alQuran.