AMALAN BACAAN MANZIL

MUKADIMAH بشر الله الرحمن الرحيم إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلُ فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللَّهِ بِالدُّعَاءِ. Sesungguhnya doa itu memberi manfaat bagi sesuatu yang telah terjadi dan yang belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa wahai hamba-hamba Allah. (Hadis riwayat at-Tarmizi) Risalah Manzil ini juga terdapat dalam kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi . diambil dalam kitab Ibnu Sunni. Kaifiat ataupun cara menggunakan manzil ini adalah dengan cara pesakit itu membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain membacakannya dan menghembus ke atas segelas air ataupun sebaldi air, kemudian air itu diminum ataupun dimandikan kepada pesakit. 7 Semoga Allah menyembuhkan melalui pembacaan manzil ini. Selain itu risalah manzil ini mengandungi ayat-ayat "Munjiyat" yang diperoleh daripada pengalaman Syeikh Ibnu Sirin, untuk melepaskan diri daripada kesusahan dan ayat-ayat penyembuhan serta rawatan daripada pengalaman Imam Qasim Qushairi b. Kemudian di akhir manzil ini dilampirkan satu doa khusus yang diajar oleh Nabi, kepada Abu Darda. Ia merupakan suatu doa kepada Allah supaya diri, keluarga serta harta terpelihara daripada bahaya dan malapetaka. Nabi bersabda, MANZIL BAB 1: MANZIL اُدْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُوْنَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيْبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلِ لَامٍ. Ertinya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin bahawa Tuhan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai ataupun keluh kesah. (Hadis riwayat at-Tirmizi) 9